Archive for the 'General' Category

Busy busy…

Kebelakangan ni agak sibuk sikit, sebab masuk tempat keja baru, outstation pun banyak pula tu.. tak sempat nak ikuti sangat perkembangan Ubuntu dan updatekan blog nie. Tapi dok tengah sibuk tu, sempat juga la layan anime Naruto untuk releasekan keletihan. Read the rest of this entry »

Popularity: 50% [?]

Website rasmi Ubuntu Malaysia

Atas inisiatif peminat Ubuntu di Malaysia (Ubuntu-My) yg aktif, akhirnya website rasmi Ubuntu Malaysia berjaya dilancarkan. Alamatnya seperti berikut : http://ubuntu-my.org/. Di samping itu, untuk forum perbincangan dan support Ubuntu, boleh lawati website ni : Ubuntu-My Forum. Harapnya kedua-dua website ni dapat dikembangkan dan menjadi lebih aktif, sekurang-kurangnya seperti di ubuntu.com.my dahulu…

Popularity: 50% [?]

Komuniti Ubuntu Malaysia

Mungkin ramai yang sedar website / forum untuk Ubuntu komuniti Malaysia di ubuntu.com.my dah lebih sebulan down. Entah la apa yg jadik kat website ni, takde info dan maklumat terkini pun… Read the rest of this entry »

Popularity: 38% [?]

Salam Aidil Fitri… Gutsy kejap lagi…

Salam Aidil Fitri buat muslimin & muslimat, khususnya peminat Ubuntu di luar sana… Sebenarnya, baru je balik dari kampung semalam, balik raya kat KB & Temerloh. Fuhh, kereta banyak betul, jem sini sana.. Bila la agaknya nak ada highway ke Pantai Timur, senang sikit nak balik kampung.

Insyaallah, lepas ni blog ni akan terus diupdatekan selepas berehat seketika untuk Ramadhan & Syawal. Gutsy Gibbon akan keluar hari nih… jangan lupa tu!! Siap sedia di PC anda untuk download dari mirror FTP berdekatan. Umm, tak sabar rasanya, harap-harap takde lagi bug yg melambatkan PC masa try Beta version dulu tu.

Popularity: 33% [?]

Di akhir Ramadhan..

Nampaknya tak lama lagi Ramadhan akan berakhir, harapnya kita semua beroleh keberkatan di bulan mulia ini. Blog ni pun kurang diupdate kebelakangan ni, sebab agak sibuk dengan urusan peribadi. Memandangkan AidilFitri dah nak dekat, saya ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat AidilFitri, besok insyaallah balik kampung :) Lepas raya nanti, Ubuntu Gutsy Gibbon akan official release, banyak yg ingin diexplore lagi dengan Ubuntu ni !!

Popularity: 33% [?]