Problem selepas upgrade ke WordPress 2.6
Seminggu dua ni blog ni tak boleh access, keluar screen putih. Ni semua gara-gara upgrade ke WordPress 2.6, melalui Fantastico di CPanel. Sebenarnya, saya pun tak familiar sangat dengan cara upgrade WordPress yg sebaiknya, ingatkan itu le cara yg paling simple & selamat. Tapi bila search di Google, rupanya memang ada bug utk WordPress 2.6 ni, so better tunggu 2.6.1 kalau ada yg bercadang nak upgrade. Anyway, setakat ni blog dah kembali pulih dengan cara berikut.
Caranya agak simple, tapi makan masa sikit :
1. Download WordPress (zip @ tar.gz) versi 2.6.
2. Unzip / untar file tersebut.
3. Connect FTP client (gftp) ke server.
4. Copy all files dari setiap folder WordPress yg telah diunzip / untarkan di atas (pilih overwrite option) ke folder yg sama di server.
Setelah selesai, akhirnya saya dah dapat login semula ke Admin WordPress dan blog. Tapi nampaknya belum selesai lagi, setiap link di blog keluar error 404. Penyelesaiannya senang aje, login ke Admin dan tukar setting di : Settings > Permalinks > Common settings. Pastikan tiada “index.php” dlm structure link. Dah selesai, dan blog kembali seperti biasa ![]()
Popularity: 43% [?]
