Cepatkan proses boot Ubuntu Hardy
Kalau compare boot proses antara WinXP vs Ubuntu, memang jelas WinXP lagi cepat. Teringat masa guna BeOS dulu, yg ni lagi laju, tak sampai 10s pun. Walaupun kelajuan boot bukan pengukur sebenar bagus atau tidak sesebuah OS, ia tetap menjadi suatu daya tarikan bagi sesiapa saja. Default boot time selepas fresh install Ubuntu Hardy di pc saya adalah lebih kurang 61s (AMD Athlon 1250MHz 768MB GeForce4MX), dan berikut beberapa langkah yg telah diambil utk mempercepatkan proses boot.
Setelah surf tips-tips dari internet, secara ringkas langkah-langkahnya seperti berikut :
1. Install bootchart - utility simple tapi berkesan utk monitor log booting proses secara detail dalam bentuk grafik
sudo apt-get install bootchart
Selepas setiap kali boot, log boot boleh dilihat di /var/log/bootchart
2. Install bum - Boot Up Manager untuk ON/OFF service daemon
sudo apt-get install bum
Lepas install, gunakannya melalui System > Administration > Boot-up Manager
Buangkan service yg tak guna seperti service utk laptop, inactive dsb.

3. Tukar dari DHCP ke Static IP
Lepas uncheck dhcp & avahi di bum, set di System > Administration > Network

4. Buang usplash - grafik semasa Ubuntu booting (logo & status bar orange)
Lepas uncheck usplash di bum, edit file /boot/grub/menu.lst
sudo vim /boot/grub/menu.lst
Buang “splash” dari line :
# defoptions=quiet splash
Kemudian update grub :
sudo update-grub
5. Buat profile di GRUB
Semasa di GRUB (mula-mula boot ke Ubuntu), tekan [ESC].
Kemudian, tekan [e] untuk edit.
Turun ke line kedua, tekan [e] sekali lagi untuk edit.
Tambahkan di hujung line itu : profile, tekan [ENTER] kemudian [b] untuk boot.
Boot yg pertama akan mengambil masa agak lama untuk setup profile, tapi boot yg seterusnya akan jadi OK.
6. Auto login di GDM (Optional)
Set di System > Administration > Login Window > Security > Enable Automatic Login
Ingat, ini akan membolehkan sesiapa saja menggunakan PC anda tanpa perlu login username & password.

Setelah buat semua di atas, hasilnya agak memuaskan iaitu dari 61s menjadi 36s.. OK le tu ![]()
Sebelum : 61s

Selepas : 31s

Popularity: 60% [?]

July 23rd, 2008 17:55
bro, cuma nak kongsi skit pendapat. walaupun xp boot lebih laju dari ubuntu tapi masih kira lambat gak kalau pc/laptop xp tu ade macam2 bende nak diloadingnyer (contoh cam antivirus, windows update, software printer,spyware,malware,trojan dan ntah ape2 lagi la..)..hujung2 ubuntu gak cepat sebab lepas je kluar desktop dah boleh start buat keje…siap boleh buat picture editing lagi gune gimp..try tengok lepas boot xp pastu run photoshop..sengal…
http://mypendapat.blogspot.com