Guna Internet Explorer di Ubuntu

Memang agak janggal untuk menggunakan MS product di Linux, tapi kekadang tu keadaan memaksa. Contohnya kerana sesetengah website tu tak ngam dengan Firefox seperti RHBBank Online Banking - tak boleh click kat SUBMIT bila nak bayar bil online.

Memandangkan cuma nak guna IE sekejap aje, lebih praktikal guna IE melalui Wine, berbanding dgn menggunakan Virtual Machine. Cara yg paling mudah adalah menggunakan aplikasi IEs4Linux - script yg memudahkan download & install file untuk IE.

Berikut caranya :
1. Install latest Wine dari official repo di sini.

2. Install melalui Synaptic / apt-get package cabextract.

3. Download dan install IEs4Linux dari sini.
IEs4Linux

4. Siap !
About IE

Oh ye, IEs4Linux menggunakan wget untuk download file-file yg diperlukan. Saya ada berdepan sedikit masalah masa nak download file dari MS.
wget ies

Setelah diperiksa masalah ni boleh diatasi dengan :
1. Mengedit file /etc/resolv.conf :

sudo vim /etc/resolv.conf

2. Tambahkan IP untuk TM bagi pengguna Streamyx :

nameserver 202.188.0.133
nameserver 202.188.1.5

Selamat mencuba !!

Popularity: 68% [?]


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.