Hard disk low level format

Mungkin ramai yg dah biasa format hard disk, terutamanya bila beli hard disk baru, 2nd hand, format pc dan sebagainya. Kebiasannya, kita akan pilih untuk format mengikut kegunaan OS tertentu seperti FAT32, NTFS, EXT2, EXT3 dan sebagainya. Bagi pengguna Linux, ada satu utility yg lebih advance dari format yg biasa ni, iaitu “dd” yg berfungsi sebagai “low level format”.

Low level format (LLF) ni senang cerita macam setup hard disk tu kembali kepada asal seperti Factory Default - refresh jadi macam baru keluar dari kilang. Jadi, tak hairanlah sesetengah Hdisk Maker pun ada sediakan Utility yg berasaskan “dd” ni. Selain mengosongkan kembali hdisk, “dd” juga mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti membaiki bad sector, menghilangkan segala virus & trojan, clone hdisk dan banyak lagi kegunaan yg amat fleksibel.

Cuma satu je masalahnya, “dd” ni tiada status bar menyebabkan kekadang tu agak confuse memandangkan proses LLF ni memakan masa yg agak lama. Untuk itu, saya cadangkan anda install “enhance version dd” iaitu “dcfldd” yg sikit sebanyak memberi kita clue apa yg sedang berlaku. Cara gunakannya tetap sama seperti “dd” - iaitu command line :)

dcfldd

Popularity: 60% [?]


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.