Alternatif kepada Adobe Illustrator
Pelbagai package di Ubuntu/Linux yang kualitinya sudah hampir menyaingi software komersil. Contoh yang paling senang adalah GIMP vs Adobe Photoshop. Satu lagi package yang menjadi favourite saya adalah Inkscape, yang menjadi alternatif kepada Adobe Illustrator.
Walaupun belum sebegitu sempurna seperti Illustrator, Inkscape ni semakin berkembang dengan setiap versi baru. Yang bestnya, cara nak gunakan Inkscape ni cukup mudah, dengan shortcutnya yang amat senang (boleh customize juga).

Masalahnya, export Inkscape ke Illustrator (.ai) agak susah sikit, kekadang tu hasilnya tak berapa cantik. So, cara yang lebih senang dan efektif adalah edit file hingga puas hati di Inkscape, dan save dalam .svg format. Kemudian open file tu dari Adobe Illustrator, dan save as ke file type ai. Cara ni paling selamat untuk mengelakkan risiko artwork design jadi messy.
Just in case nak confirmkan sendiri Illustrator boleh open atau tidak .svg files, boleh la guna Windows melalui VirtualBox, Illustrator Try Version pula boleh download dari ftp Adobe secara percuma (30 hari).
Sekarang ni saya tengah cuba dengan satu lagi open source software, alternatif kepada Illustrator - iaitu Xara Extreme. Yang ni pun agak canggih juga, sebab Xara ni sememangnya pengeluar commercial software dalam Windows. Cuba la try sendiri, tak perlu download binary dari website Xara, cuma gunakan apt-get (atau Synaptic) sebab dah ada dalam repo multiverse Ubuntu :
sudo apt-get install xaralx xaralx-examples xaralx-svg

Popularity: 62% [?]
