Apps / package untuk kanak-kanak
Sekarang ni PC dah semakin meluas digunakan, budak kecik pun dah pandai. Untuk kanak-kanak dan pelajar, ada pelbagai versi Linux yang telah direka, salah satunya dari Ubuntu iaitu Edubuntu.
Untuk tambah meta-packagenya ke dalam Ubuntu, cuma perlu ;
sudo apt-get install edubuntu-desktop
Tapi, jika tak nak semua package, boleh juga install satu persatu package yang diminati sahaja. Favourite anak saya (1 tahun 9 bulan) ialah TuxPaint, software untuk melukis.
sudo apt-get install tuxpaint
Tool yang paling best dalam TuxPaint ni STAMP & MAGIC. STAMP ada banyak gambar haiwan, kenderaan, planet dan sebagainya. MAGIC pula boleh lukis rumput, pelangi, bintang dan banyak lagi. Yang seronok bagi kanak-kanak, alat melukis ni boleh keluarkan pelbagai bunyi menarik. Cuba la sendiri main-main dengan anak atau adik kat rumah, tentu mereka suka.

Popularity: 72% [?]
