Setup Streamyx D-Link DSL-500T

Ubuntu tanpa internet memang tak sah. Kalau takde internet, tak leh la nak download bermacam apps & updates. Ini contoh bagaimana nak setup Modem ADSL kepada Router mode dan DHCP server, serta langkah selanjutnya di Ubuntu.

  1. Masuk ke web admin modem menggunakan web browser Firefox. Untuk model D-Link DSL-500T secara default addressnya adalah 192.168.1.1.
  2. Masukkan username & password modem (bukan Streamyx), secara default : admin | admin
    D-Link DSL-500T password
  3. Tekan button [Run Wizard], atau jika ingin setup secara manual tekan button [WAN]. Penuhkan / pastikan semua maklumat terutamanya : VPI=0, PPPoE/PPPoA, User Name=xxxx@streamyx, Password=xxxx. Last sekali kat bawah tu tekan button <Save & Reboot>.
    D-Link DSL-500T WAN configuration
  4. Sepatutnya ini dah cukup, sebagai optional boleh try check [DHCP] untuk pastikan DHCP server ‘ON”, dan [DNS] ‘Use Auto Discover’. Jika ingin buat sebarang perubahan, pastikan tekan button <Apply> kat bawah sekali. Kalau semua dah OK, tekan button [LOGOUT] di sebelah kiri.
    D-Link DSL-500T DHCP configuration
    D-Link DSL-500T DNS configuration
  5. Kemudian di Ubuntu, configure di System > Administration > Network : pilih Wired connection dan tekan Properties > pilih Automatic configuration (DHCP).
    Ubuntu Network Setting
    Auto DHCP
  6. Langkah-langkah di atas lebih kurang sama saja untuk modem / router jenis lain. Cuma perlu tahu address, username & password modem (sila rujuk buku manual). Bagi Windows OS sama juga, select Auto IP di My Networks (LAN) properties.

Popularity: 81% [?]


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.