Asas command line

Setiap maksud command dan kegunaannya secara detail boleh diperolehi dengan melihat “man page” atau "--help". Contohnya bagi command cp (copy) :

man cp
cp --help

Berikut disenaraikan beberapa asas command line penting yang perlu difahami. Cuba ikuti satu persatu dan buat secara praktikal supaya mudah difahami.

  • cd : change directory. Command ini sahaja akan mengembalikan anda ke home direktori @ folder user (contoh : /home/kebayan/ )
cd
  • mkdir : make directory @ folder. Cuba buat directory test.
mkdir test
  • ls : list / senaraikan file dalam direktori.
ls
  • masuk ke directory “test”.
cd test
  • vim : simple editor. Gunakannya untuk membuat sebarang file berasaskan text. Contohnya, kita buat nama file “try1″ (dalam Linux, extension seperti txt tidak diperlukan).
vim try1
  • Sebagai permulaan menggunakan vim, ingat dua perkara sahaja :
  1. Tekan huruf “i” untuk memulakan editing (i = INSERT), kemudian tulis la apa yang patut, contohnya “Hello World”.
  2. Setelah selesai. tekan button [ESC] diikuti ” :wq ” untuk save & exit (write & quit).
  • more : lihat isi kandungan file yg berasaskan text. Cuba try :
more try1
  • mv : move @ rename. Gunakannya untuk menukar nama file. Cuba tukar file “try1″ kepada “try2″ :
mv try1 try2
  • cp : copy file. Cuba copy file “try2″ kepada “try3″ :
cp try2 try3
  • listkan file yang terdapat dalam direktori :
ls

Camane? Senang saja kan… Selamat belajar dan berlatih !

Popularity: 37% [?]

Related Articles:


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.